BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 25 Februari 2011

Satu Perkataan Seribu Keistimewaan.....

  

MAAF....

SORRY....  


Sesetengah orang memandang remeh perkataan di atas.
 "ALA, TAK GUNA MINTAK MAAF PUN. DOSA MASING-MASING TANGGUNG. BIAR JE LA"

Sesetengahnya pula percaya bahawa perkataan ringkas tersebut yang diucap secara ikhlas mampu merubah emosi & perasaan seseorang.

Sedih akan berubah menjadi gembira....
Marah akan berubah menjadi sayang...
Benci menjadi cinta....

Cuba bayangkan sejenak, guru yang sedang marah akibat kecuaian muridnya akan secara 'automatik' berubah apabila muridnya itu mengucapkan perkataan 'maaf' secara ikhlas. Ibarat hati yang panas disirami air yang dingin....kembali sejuk...

Cuba bayangkan satu lagi keadaan di mana pasangan suami isteri atau kekasih menghadapi konflik salah faham antara satu sama lain. Yang wanita dimarah & dicemuh atas kesalahan kecil yang dibuat. Setelah si lelaki mendapat tahu akan kebenaran yang sebenar bukan 100% berpunca daripada si wanita. Mulalah si lelaki hendak memujuk. Berlembar-lembar ayat jiwang dikarang namun kekasih hati tetap sedih & terluka. Namun apabila terluncur sahaja perkataan 'maaf' yang diungkap secara ikhlas oleh si lelaki, hati si wanita mula terasa tenang & damai. Itulah bukti keistimewaan perkataan ini yang diungkap secara tulus & ikhlas.



Kepada yang berkawan, hormat & sayangilah sahabat anda seikhlasnya. Bantulah mereka selagi anda mampu. Jangan jadi sahabat yang apabila senang datang, apabila susah lari... Carilah sahabat yang benar-benar boleh digelar "SAHABAT"



Kepada yang bercinta, bertolak ansurlah kepada pasangan anda. Jangan hanya fikirkan hati sendiri, fikirkan juga hati pasangan. Jangan hanya tahu menyalahkan & menghukum pasangan anda, sebaliknya fikirkan mengapa pasangan kita begitu. Terimalah kekurangan mereka seadanya, jangan terlalu berharap mereka mampu menjadi seperti yang kita inginkan. Bimbing mereka ke arah kebaikan..


Sudah selayaknya kita mulai hidup baru dengan memperkuatkan silaturrahim,saling memaafkan dalam kebaikan dan kebahagiaan. Itulah sesungguhnya jalan taqwa yang harus kita budayakan sepanjang hidup kita.ALLAH berfirman, "sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan," (surah Al-Nahl).

0 ulasan: