BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 18 Februari 2011

Kenangan Terindah.....

Ini adalah percubaan pertama saya dalam mengarang cerpen. Maaf, cerpen ini tak la sehebat cerpen cinta yang sedia ada, saya sekadar mencuba meluahkan buah fikiran. Harap anda semua dapat berikan sedikit komen atau cadangan. Selamat membaca..



KRINGG!!!....
Loceng menandakan tamat 1 sesi persekolahan telah berbunyi. Kelihatan tiga sahabat karib berjalan beriringan keluar dari pagar sekolah...
“Eh, kau confirm ke ikut lawatan esok? Tanya Hana memecahkan kesunyian..
“Confirm la, kau nak ke Cikgu Azwan marah? Kau bukan tak tau aku ni setiausaha kelab kita tu.. kalau aku tak ada, macamana aku nak buat laporan nanti” jawab Hanez...
“Kau pula Firza? Jadi ke ikut lawatan tu?
“Aku pun confirm la jadi. dah korang berdua ikut, tak kan aku nak ketinggalan... hehe.. jawab Firza sambil tersengih membayangkan kegembiraan hari esok..

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

“Fir, kau dah siap ke? Bas dah ada kat depan pagar sekolah tu. Semua orang dah berkumpul.
Tinggal kita je.” soal Hanez kerisauan.
“Kejap lagi, aku tengah cari fail program lawatan yang Cikgu Azwan suruh tadi. Entah kat mana dia letak” jawab Firza sambil tangannya lincah mencari fail yang disebutkan tadi..
“Kau dah cuba cari kat laci bawah tu tak? Mungkin cikgu simpan dalam tu kot” kata Hanez cuba untuk membantu sahabatnya itu.
“Haa, dah jumpe pun.” lega hati Firza apabila ternampak fail berwarna biru itu..
“Ok, dah jom. Nanti kita tertinggal pulak” gesa Hanez seraya menarik tangan sahabatnya itu.


Cikgu Azwan tersenyum lega melihat kelibat Firza dan Hanez berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Firza, kamu ada jumpa fail tu tak? tanya Cikgu Azwan sebaik sahaja melihat Firza berhenti di hadapannya.
“Dah cikgu, jenuh jugak saya mencari fail ni. Nasib baik Hanez ada.” jawab Firza sambil tersenyum.
“Saya yang suruh dia cari awak tadi. Takut awak tertinggal bas” balas Cikgu Azwan sambil membelek fail yang telah bertukar tangan.
“Hmm, minah ni betul-betul panik. Takut tertinggal la tu” kata Firza geli hati melihat sahabatnya itu terkocoh-kocoh menaiki bas.
“Apa awak cakap tu Firza? tanya Cikgu Azwan kehairanan
“Eh, tak ada apa. Bila kita nak gerak ni cikgu?” Firza cuba menutup keresahan hatinya.
“Kita gerak sekarang la, dah jom naik. Nanti lambat sampai pulak.”kata Cikgu Azwan sambil melihat jam di tangannya.
.......................................................................................................................................................
“Eh Firza, kau nampak tak mamat hensem belakang kita ni” bisik Hana hampir ke telinga Firza
“Kau nie Hana. Pantang nampak boy la.” kata Firza sambil cuba mencari lelaki yang Hana maksudkan. “Aku tak nampak pun mamat tu. Hanez, kau nampak ke mamat yang Hana cakap tu? tanya Firza sambil menunggu jawapan Hanez.
“Ada. Hhm, hensem jugak. Macam muka Ery Putra. Hehe..” jawab Hanez sambil terbayangkan muka pelakon kacak tersebut.
“Kau ni tak sah kalau tak samakan muka orang dengan selebriti.” luah Firza kegeraman melihat reaksi Hanez
“Eh betul la cik Firza oi. Kau nak tengok?”tanya Hana sambil matanya meliar mencari kelibat lelaki yang baru sahaja mereka perkatakan. “Haa, tu pun dia!! Yang tengah bergambar dengan si Nazri kat sana” kata Hana sambil menjuihkan bibirnya sebaik sahaja terlihat kelibat lelaki itu.
Firza terus melihat ke arah yang di tunjukkan oleh Hana. Matanya sedikit terpaku melihat lelaki itu.. “Hhm, betul jugak pe yang minah-minah ni cakap. Macam muka Ery Putra” kata Firza dalam hati sambil tersengih mengiyakan kata-kata sahabatnya tentang lelaki tersebut.
“Haa, cik Firza kita nie dah tersengih lah.. terpikat ke? Kau nak aku mintak gambar dia kat Nazri tak? ujar Hanez ketika melihat sengihan di bibir mungil Firza.
“Eh, bila masa pulak aku terpikat kat dia? Aku bukan tersengih sebab terpikat lah, Cuma aku terbayangkan muka Ery Putra je. Ery Putra jauh lebih hensem dari dia tau. Dah jom kita tengok pameran tu lagi bagus”seloroh Firza cuba mengelak daripada terus memperkatakan soal lelaki itu.
Firza bingkas berjalan menuju ke arah pameran yang disediakan diikuti oleh Hana dan Hanez yang masih kebingungan dengan jawapan yang baru sahaja diberikan oleh teman mereka itu.
.......................................................................................................................................................

“Kau ada nampak Hanez tak, dari tadi aku cari dia” soal Hana pada Firza yang sedang ligat memerhati kawasan sekolah yang mereka lawati itu.
“Aku pun tak nampak dia. Mungkin dia pergi toilet kot.” Teka Firza
“Hhm, mungkin la tu. Lagipun kalau dia dah masuk toilet sampai tak sedar dah sejam asyik belek muka kat depan cermin” tukas Hana
“Kutuk aku ke cik kak oi?” Hanez menepuk bahu Hana dengan kuat sehinggakan Hana terjerit kecil.
“Kau nie, lain kali bagi la salam. Jangan terjah orang terus. Nasib baik aku tak ada sakit jantung” kata Hana kegeraman
“Hehe.. sorry la kawan. Siapa suruh kau kutuk aku tadi. Kau ingat aku tak dengar ke?” jawab Hanez.
“Kau dari mana nie?”soal Firza pula
“Aku jumpa kawan kejap tadi” jawab Hanez bersahaja
“Kawan?” tanya Hana kehairanan
“Hehe. Actually aku pergi jumpa Nazri tadi.” Jawab Hanez sambil tersengih kepada sahabat-sahabatnya yang masih kebingungan.
“Kau ada apa-apa ke dengan dia tu?” soal Firza
“Eh, korang nie. Ke situ pulak. Aku tak ada apa-apa dengan dia lah. Aku jumpa dia pun sebab nak bluetooth gambar mamat yang macam Ery Putra tu.”jawab Hanez dengan muka selamba
“Aik? Dah buang tebiat ke? Jangan lupa cik adik oi, kita ni nak ambil SPM hujung tahun ni. Kalau tak silap aku dia pun nak ambil STPM. Nanti dah syok sama syok sampai lupa pelajaran” nasihat Hana kepada temannya itu.
“Jangan risau lah. Aku setakat mintak gambar dia je, nak buat koleksi gambar-gambar masa lawatan ni untuk dimasukkan dalam laporan” jawab Hanez cuba menenangkan hati Hana.
“Tapi kan Hana, Nazri cakap kat aku yang mamat tu macam syok dekat kawan kita ni” kata Hanez sambil menghalakan muncungnya ke arah Firza.
“Dah, jangan nak melalut lagi. Let’s get moving. Cikgu Azwan dah panggil kita tu.” gesa Firza yang mula tidak senang apabila dirinya dilibatkan dengan lelaki yang tidak dikenali.
“Apa pasal minah nie? Kalau sebut pasal mamat tu, dia mesti mengelak.” bisik Hanez kepada Hana
“Entah lah. Aku pun perasan juga. Tadi pun dia mengelak. Dia tak suka kot. Yelah kan kita ni masih sekolah.” Teka Hana
“Hhm. Maybe. Tapi tadi aku dah bagi alamat e-mail Firza kat Nazri sebab mamat tu yang mintak. Kau rasa Firza marah aku tak kalau dia tau” soal Hanez kerisauan.
“Yang kau pandai-pandai bagi apasal?”
“Alah, aku bukan apa. Aku tengok mamat tu macam ikhlas nak kenal dengan Firza” jawab Hanez
“Aku tak nak masuk campur kalau Firza marah. Pandai-pandailah kau jawab dengan dia nanti” balas Hana kurang senang dengan tindakan rakannya itu lantas meninggalkan Hanez yang masih terpinga-pinga.
Hana bergerak pantas mendapatkan Firza yang sedang membantu sekumpulan pelajar menyusun kerusi untuk sesi bergambar yang akan diadakan sebentar lagi.
“Kalau Firza marah aku, macamana aku nak jawab ek? Aku terlupa pulak yang dia tu tak suka orang luar tau e-mail dengan nombor telefon. Tapi aku kesian jugak kat mamat tu. Nampak macam ikhlas nak berkawan. Lagipun dari tadi aku tengok dia asyik pandang Firza je. Mungkin dia betul-betul terpikat. Macamana la muka Firza nanti kalau dia tau aku yang bagi e-mail dia kat mamat tu. Naya aku. Adeh, kenapa la aku tak fikir tadi. Menyesal pun tak guna jugak” ngomel Hanez dalam hati

“Hanez, kau dah mengelamun sampai negara mana ha?? Hana dengan Firza jerit panggil kau pun kau boleh tak dengar. Kau ingat balak mana ni? Ke kau tengah ingatkan aku.” usikan Nazri mematikan lamunannya.
“Tak habis-habis nak sakat aku tau. Bila masa pulak aku ingatkan kau, perasaan!”marah Hanez
“Alah, aku gurau je. Janganlah marah ye. Nanti muka tu cepat berkedut.” kata Nazri cuba memujuk Hanez
“Biarlah aku berkedut seribu pun. Kenapa kau pulak yang nak kesah?”
“Sebab aku suka kat kau Hanez, kalau lah kau tau yang aku dah lama suka kat kau. Aku suka tengok senyuman kau. Manis sangat-sangat. Dalam diam aku dah jatuh sayang. Tapi aku sedar, kita masih mentah. Masih bersekolah. Pelajaran lebih utama.” jawab Nazri di dalam hati.
“Haa! Tadi kutuk aku yang mengelamun. Kau pun sama je tau. Mengelamun ingat makwe la tu” jerkah Hanez mengejutkan Nazri yang masih merenungnya.
Tanpa pamitan, Hanez bingkas bangun dan menuju ke arah rakan-rakannya yang lain dan meninggalkan Nazri sendirian di pondok indah itu.
“Lain macam pulak dia tengok aku tadi. Naik meremang bulu roma aku. Tapi aku baru perasan yang anak matanya warna coklat muda. Hensem jugak. Patutlah ramai junior perempuan yang syok kat dia. Hhm. Sebut je Nazri Affendy semua budak perempuan menjerit macam kena histeria.”kata Hanez sambil tersengih membayangkan anak mata Nazri yang mengoda.

4 ulasan:

black machine berkata...

not bad...sambungan cite mesti thrilling taw...

RosCyah Omar berkata...

insyaallah..
teruskan menyokong..
jazakumullah khairan kathira..

mairasafa berkata...

nk cte antu,ley x ros.eheeee

RosCyah Omar berkata...

ley2.. nnt kan kemunculannya... hehehe.. ops, gelak seram sket.. hihihihihi