BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 21 Ogos 2011

Renungkan.. :)

Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” Riwayat Ibnu Abi Dunya  


Huraian :
i) Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 


ii) Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya. 


iii) Demikian juga kita dilarang agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda. 


iv) Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu. Bak kata pepatah Melayu ” Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. 


v) Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Khamis, 18 Ogos 2011

Lelaki di akhir zaman ini.....


 Lelaki di akhir zaman ini... Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri Yang ada kini hanya Sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya Keberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang benar-benar takut pada Ilahi Sentiasa mendambakan kasih Ilahi Yang ada hanya mengharapkan kasih insani Yang melalaikan orang dan diri sendiri Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui Ahli profesional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari barat Ibadah dan amal terasa amat berat Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Payah untuk kutemui Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat Yang sanggup bersusah dan penat Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Susah untuk kutemui Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat Syahid yang sentiasa menjadi matlamat Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat Dan melupakan kehidupan akhirat Kuberfikir.. Lelaki diakhir zaman ini Sukar untuk kutemui Yang sentiasa bermunajat dan berzikir Sentiasa bertafakkur dan berfikir Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir Namun kutetap berfikir.. pasti masih ada lagi Lelaki diakhir zaman ini Seperti yang kufikir..

Jumaat, 25 Februari 2011

Satu Perkataan Seribu Keistimewaan.....

  

MAAF....

SORRY....  


Sesetengah orang memandang remeh perkataan di atas.
 "ALA, TAK GUNA MINTAK MAAF PUN. DOSA MASING-MASING TANGGUNG. BIAR JE LA"

Sesetengahnya pula percaya bahawa perkataan ringkas tersebut yang diucap secara ikhlas mampu merubah emosi & perasaan seseorang.

Sedih akan berubah menjadi gembira....
Marah akan berubah menjadi sayang...
Benci menjadi cinta....

Cuba bayangkan sejenak, guru yang sedang marah akibat kecuaian muridnya akan secara 'automatik' berubah apabila muridnya itu mengucapkan perkataan 'maaf' secara ikhlas. Ibarat hati yang panas disirami air yang dingin....kembali sejuk...

Cuba bayangkan satu lagi keadaan di mana pasangan suami isteri atau kekasih menghadapi konflik salah faham antara satu sama lain. Yang wanita dimarah & dicemuh atas kesalahan kecil yang dibuat. Setelah si lelaki mendapat tahu akan kebenaran yang sebenar bukan 100% berpunca daripada si wanita. Mulalah si lelaki hendak memujuk. Berlembar-lembar ayat jiwang dikarang namun kekasih hati tetap sedih & terluka. Namun apabila terluncur sahaja perkataan 'maaf' yang diungkap secara ikhlas oleh si lelaki, hati si wanita mula terasa tenang & damai. Itulah bukti keistimewaan perkataan ini yang diungkap secara tulus & ikhlas.



Kepada yang berkawan, hormat & sayangilah sahabat anda seikhlasnya. Bantulah mereka selagi anda mampu. Jangan jadi sahabat yang apabila senang datang, apabila susah lari... Carilah sahabat yang benar-benar boleh digelar "SAHABAT"



Kepada yang bercinta, bertolak ansurlah kepada pasangan anda. Jangan hanya fikirkan hati sendiri, fikirkan juga hati pasangan. Jangan hanya tahu menyalahkan & menghukum pasangan anda, sebaliknya fikirkan mengapa pasangan kita begitu. Terimalah kekurangan mereka seadanya, jangan terlalu berharap mereka mampu menjadi seperti yang kita inginkan. Bimbing mereka ke arah kebaikan..


Sudah selayaknya kita mulai hidup baru dengan memperkuatkan silaturrahim,saling memaafkan dalam kebaikan dan kebahagiaan. Itulah sesungguhnya jalan taqwa yang harus kita budayakan sepanjang hidup kita.ALLAH berfirman, "sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan," (surah Al-Nahl).

Jumaat, 18 Februari 2011

Kenangan Terindah.....

Ini adalah percubaan pertama saya dalam mengarang cerpen. Maaf, cerpen ini tak la sehebat cerpen cinta yang sedia ada, saya sekadar mencuba meluahkan buah fikiran. Harap anda semua dapat berikan sedikit komen atau cadangan. Selamat membaca..



KRINGG!!!....
Loceng menandakan tamat 1 sesi persekolahan telah berbunyi. Kelihatan tiga sahabat karib berjalan beriringan keluar dari pagar sekolah...
“Eh, kau confirm ke ikut lawatan esok? Tanya Hana memecahkan kesunyian..
“Confirm la, kau nak ke Cikgu Azwan marah? Kau bukan tak tau aku ni setiausaha kelab kita tu.. kalau aku tak ada, macamana aku nak buat laporan nanti” jawab Hanez...
“Kau pula Firza? Jadi ke ikut lawatan tu?
“Aku pun confirm la jadi. dah korang berdua ikut, tak kan aku nak ketinggalan... hehe.. jawab Firza sambil tersengih membayangkan kegembiraan hari esok..

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

“Fir, kau dah siap ke? Bas dah ada kat depan pagar sekolah tu. Semua orang dah berkumpul.
Tinggal kita je.” soal Hanez kerisauan.
“Kejap lagi, aku tengah cari fail program lawatan yang Cikgu Azwan suruh tadi. Entah kat mana dia letak” jawab Firza sambil tangannya lincah mencari fail yang disebutkan tadi..
“Kau dah cuba cari kat laci bawah tu tak? Mungkin cikgu simpan dalam tu kot” kata Hanez cuba untuk membantu sahabatnya itu.
“Haa, dah jumpe pun.” lega hati Firza apabila ternampak fail berwarna biru itu..
“Ok, dah jom. Nanti kita tertinggal pulak” gesa Hanez seraya menarik tangan sahabatnya itu.


Cikgu Azwan tersenyum lega melihat kelibat Firza dan Hanez berlari-lari anak menuju ke arahnya.
“Firza, kamu ada jumpa fail tu tak? tanya Cikgu Azwan sebaik sahaja melihat Firza berhenti di hadapannya.
“Dah cikgu, jenuh jugak saya mencari fail ni. Nasib baik Hanez ada.” jawab Firza sambil tersenyum.
“Saya yang suruh dia cari awak tadi. Takut awak tertinggal bas” balas Cikgu Azwan sambil membelek fail yang telah bertukar tangan.
“Hmm, minah ni betul-betul panik. Takut tertinggal la tu” kata Firza geli hati melihat sahabatnya itu terkocoh-kocoh menaiki bas.
“Apa awak cakap tu Firza? tanya Cikgu Azwan kehairanan
“Eh, tak ada apa. Bila kita nak gerak ni cikgu?” Firza cuba menutup keresahan hatinya.
“Kita gerak sekarang la, dah jom naik. Nanti lambat sampai pulak.”kata Cikgu Azwan sambil melihat jam di tangannya.
.......................................................................................................................................................
“Eh Firza, kau nampak tak mamat hensem belakang kita ni” bisik Hana hampir ke telinga Firza
“Kau nie Hana. Pantang nampak boy la.” kata Firza sambil cuba mencari lelaki yang Hana maksudkan. “Aku tak nampak pun mamat tu. Hanez, kau nampak ke mamat yang Hana cakap tu? tanya Firza sambil menunggu jawapan Hanez.
“Ada. Hhm, hensem jugak. Macam muka Ery Putra. Hehe..” jawab Hanez sambil terbayangkan muka pelakon kacak tersebut.
“Kau ni tak sah kalau tak samakan muka orang dengan selebriti.” luah Firza kegeraman melihat reaksi Hanez
“Eh betul la cik Firza oi. Kau nak tengok?”tanya Hana sambil matanya meliar mencari kelibat lelaki yang baru sahaja mereka perkatakan. “Haa, tu pun dia!! Yang tengah bergambar dengan si Nazri kat sana” kata Hana sambil menjuihkan bibirnya sebaik sahaja terlihat kelibat lelaki itu.
Firza terus melihat ke arah yang di tunjukkan oleh Hana. Matanya sedikit terpaku melihat lelaki itu.. “Hhm, betul jugak pe yang minah-minah ni cakap. Macam muka Ery Putra” kata Firza dalam hati sambil tersengih mengiyakan kata-kata sahabatnya tentang lelaki tersebut.
“Haa, cik Firza kita nie dah tersengih lah.. terpikat ke? Kau nak aku mintak gambar dia kat Nazri tak? ujar Hanez ketika melihat sengihan di bibir mungil Firza.
“Eh, bila masa pulak aku terpikat kat dia? Aku bukan tersengih sebab terpikat lah, Cuma aku terbayangkan muka Ery Putra je. Ery Putra jauh lebih hensem dari dia tau. Dah jom kita tengok pameran tu lagi bagus”seloroh Firza cuba mengelak daripada terus memperkatakan soal lelaki itu.
Firza bingkas berjalan menuju ke arah pameran yang disediakan diikuti oleh Hana dan Hanez yang masih kebingungan dengan jawapan yang baru sahaja diberikan oleh teman mereka itu.
.......................................................................................................................................................

“Kau ada nampak Hanez tak, dari tadi aku cari dia” soal Hana pada Firza yang sedang ligat memerhati kawasan sekolah yang mereka lawati itu.
“Aku pun tak nampak dia. Mungkin dia pergi toilet kot.” Teka Firza
“Hhm, mungkin la tu. Lagipun kalau dia dah masuk toilet sampai tak sedar dah sejam asyik belek muka kat depan cermin” tukas Hana
“Kutuk aku ke cik kak oi?” Hanez menepuk bahu Hana dengan kuat sehinggakan Hana terjerit kecil.
“Kau nie, lain kali bagi la salam. Jangan terjah orang terus. Nasib baik aku tak ada sakit jantung” kata Hana kegeraman
“Hehe.. sorry la kawan. Siapa suruh kau kutuk aku tadi. Kau ingat aku tak dengar ke?” jawab Hanez.
“Kau dari mana nie?”soal Firza pula
“Aku jumpa kawan kejap tadi” jawab Hanez bersahaja
“Kawan?” tanya Hana kehairanan
“Hehe. Actually aku pergi jumpa Nazri tadi.” Jawab Hanez sambil tersengih kepada sahabat-sahabatnya yang masih kebingungan.
“Kau ada apa-apa ke dengan dia tu?” soal Firza
“Eh, korang nie. Ke situ pulak. Aku tak ada apa-apa dengan dia lah. Aku jumpa dia pun sebab nak bluetooth gambar mamat yang macam Ery Putra tu.”jawab Hanez dengan muka selamba
“Aik? Dah buang tebiat ke? Jangan lupa cik adik oi, kita ni nak ambil SPM hujung tahun ni. Kalau tak silap aku dia pun nak ambil STPM. Nanti dah syok sama syok sampai lupa pelajaran” nasihat Hana kepada temannya itu.
“Jangan risau lah. Aku setakat mintak gambar dia je, nak buat koleksi gambar-gambar masa lawatan ni untuk dimasukkan dalam laporan” jawab Hanez cuba menenangkan hati Hana.
“Tapi kan Hana, Nazri cakap kat aku yang mamat tu macam syok dekat kawan kita ni” kata Hanez sambil menghalakan muncungnya ke arah Firza.
“Dah, jangan nak melalut lagi. Let’s get moving. Cikgu Azwan dah panggil kita tu.” gesa Firza yang mula tidak senang apabila dirinya dilibatkan dengan lelaki yang tidak dikenali.
“Apa pasal minah nie? Kalau sebut pasal mamat tu, dia mesti mengelak.” bisik Hanez kepada Hana
“Entah lah. Aku pun perasan juga. Tadi pun dia mengelak. Dia tak suka kot. Yelah kan kita ni masih sekolah.” Teka Hana
“Hhm. Maybe. Tapi tadi aku dah bagi alamat e-mail Firza kat Nazri sebab mamat tu yang mintak. Kau rasa Firza marah aku tak kalau dia tau” soal Hanez kerisauan.
“Yang kau pandai-pandai bagi apasal?”
“Alah, aku bukan apa. Aku tengok mamat tu macam ikhlas nak kenal dengan Firza” jawab Hanez
“Aku tak nak masuk campur kalau Firza marah. Pandai-pandailah kau jawab dengan dia nanti” balas Hana kurang senang dengan tindakan rakannya itu lantas meninggalkan Hanez yang masih terpinga-pinga.
Hana bergerak pantas mendapatkan Firza yang sedang membantu sekumpulan pelajar menyusun kerusi untuk sesi bergambar yang akan diadakan sebentar lagi.
“Kalau Firza marah aku, macamana aku nak jawab ek? Aku terlupa pulak yang dia tu tak suka orang luar tau e-mail dengan nombor telefon. Tapi aku kesian jugak kat mamat tu. Nampak macam ikhlas nak berkawan. Lagipun dari tadi aku tengok dia asyik pandang Firza je. Mungkin dia betul-betul terpikat. Macamana la muka Firza nanti kalau dia tau aku yang bagi e-mail dia kat mamat tu. Naya aku. Adeh, kenapa la aku tak fikir tadi. Menyesal pun tak guna jugak” ngomel Hanez dalam hati

“Hanez, kau dah mengelamun sampai negara mana ha?? Hana dengan Firza jerit panggil kau pun kau boleh tak dengar. Kau ingat balak mana ni? Ke kau tengah ingatkan aku.” usikan Nazri mematikan lamunannya.
“Tak habis-habis nak sakat aku tau. Bila masa pulak aku ingatkan kau, perasaan!”marah Hanez
“Alah, aku gurau je. Janganlah marah ye. Nanti muka tu cepat berkedut.” kata Nazri cuba memujuk Hanez
“Biarlah aku berkedut seribu pun. Kenapa kau pulak yang nak kesah?”
“Sebab aku suka kat kau Hanez, kalau lah kau tau yang aku dah lama suka kat kau. Aku suka tengok senyuman kau. Manis sangat-sangat. Dalam diam aku dah jatuh sayang. Tapi aku sedar, kita masih mentah. Masih bersekolah. Pelajaran lebih utama.” jawab Nazri di dalam hati.
“Haa! Tadi kutuk aku yang mengelamun. Kau pun sama je tau. Mengelamun ingat makwe la tu” jerkah Hanez mengejutkan Nazri yang masih merenungnya.
Tanpa pamitan, Hanez bingkas bangun dan menuju ke arah rakan-rakannya yang lain dan meninggalkan Nazri sendirian di pondok indah itu.
“Lain macam pulak dia tengok aku tadi. Naik meremang bulu roma aku. Tapi aku baru perasan yang anak matanya warna coklat muda. Hensem jugak. Patutlah ramai junior perempuan yang syok kat dia. Hhm. Sebut je Nazri Affendy semua budak perempuan menjerit macam kena histeria.”kata Hanez sambil tersengih membayangkan anak mata Nazri yang mengoda.

Selasa, 1 Februari 2011

Tak Pernah

Aku asyik menunggu
Masih lagi merindui dirimu
Adakah kau sedari
Cintaku masih milikmu
Kau bagai tak kisah kebenaran ini
Kau tak pernah berubah
Kau tak pernah mengalah
Kau tak pernah percaya
Dengan cinta yang ada
Aku pernah berkata
Aku pernah bersuara
Tentang arah cinta kita
Namun kau biarku hampa
Sering kau menghindari
Sering berdusta dengan alasanmu
Tiada kata terlafaz
Di saat pemergianku
Kau bagai tak kisah perpisahan ini

Terpaksa ku merelakan
Tak mahu ku mengharapkan
Kau akan datang kembali ke pangkuanku

Ahad, 30 Januari 2011

percubaan pertama...

Assalamualaikum kpd smua yg membaca dan melihat blog ini... haraf maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan dan kelemahan... saya baru sahaja ingin mencuba.. harap anda semua dapat berikan sokongan...